Isnin, 29 Mac 2010

MISI

MENDIDIK INSAN / PELAJAR YANG BERILMU , BERIMAN ,BERAMAL & MENJADI ANAK YANG SOLEH DAN
SOLEHAH

latar belakang sekolah

Sekolah Agama Felda Pasir Raja telah ditubuhkan pada tahun 1970, dimana pada masa itu tiada lagi bangunan khas untuk Sekolah Agama. Maka diatas persetujuan bersama sekolah agama telah di tempatkan di bangunan PNF. Maka bermulalah sejarah pendidikan sekolah Agama di Felda Pasir Raja.

Pengasas bagi penubuhan Sekolah Agama ini ialah Encik Mohd Taib Bin Adun dan beliau juga adalah merupakan Pengerusi Biro Pelajaran di Felda Pasir Raja. Setelah sekian lama menumpang dibangunan PNF, maka murid-muridnya semakin bertambah ramai dan memerlukan bangunan yang lebih besar. Maka pengurusan FELDA dan masyarakat peneroka telah mengadakan perbincangan dan mereka telah mengambil kata sepakat untuk menyumbang bagi pembinaan bangunan sekolah yang sesuai dengan jumlah murid yang bertambah ramai.

Mereka telah bersetuju memotong sebanyak RM 2.00 setiap bulan bagi setiap peneroka melalui slip gaji FELDA. Dengan berbekalkan dana ini dan sumbangan daripada JKKR mereka telah bergotong royong membina sendiri 4 bilik darjah di bangunan sekolah agama yang dibina daripada bangunan papan.

Setelah lebih kurang 15 bangunan papan ini di gunakan maka pada tahun 1986 bangunan papan ini telah dirobohkan untuk dibangunkan bangunan yang lebih kukuh dengan pembiayaan daripada FELDA. Sementara dalam pembinaan semua pelajar telah ditempatkan di bangunan sementara di tanah rezab di belakang bangunan PNF selama satu tahun iaitu pada tahun 1987.